Laman Web Rasmi UMNO Bahagian P172 Kota Kinabalu

Perutusan Ketua Bahagian

Datuk Hj Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego
Datuk Hj Faisyal Y.H. Diego
Ketua Bahagian P172 UMNO Kota Kinabalu

Sample image

  • Daftar Ahli

  • 1Malaysia

1Malaysia
From the desk of Dato' Sri Najib Razak.

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini7
mod_vvisit_counterSemalam15
mod_vvisit_counterMinggu Ini65
mod_vvisit_counterMinggu Lalu98
mod_vvisit_counterBulan Ini435
mod_vvisit_counterBulan Lalu415
mod_vvisit_counterKeseluruhan2446

Online sekarang: 1
IP anda: 38.107.191.106
Masa: 2010-07-30 18:47

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, 10 Julai 2010, Sabtu – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh Ybgh.Datuk Haji Faisyal Datuk YH.Diego, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu. Beliau telah membangkitkan beberapa perkara termasuk perkampungan Sembulan yang merupakan isu lapuk yang pernah berulang kali diketengahkan semenjak berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.151 Tanjung Aru. Perkampungan Sembulan yang terletak ditengah-tengah kepesatan pembangunan  Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara perkampungan bumiputera yang tidak jelas kedudukannya pada masa akan datang. Meskipun kampung ini tidak terletak di dalam kawasan parlimen Kota Kinabalu tetapi kebanyakan penduduk kampung merupakan penyokong kuat Barisan Nasional dan ahli-ahli UMNO. Apakah mereka terpaksa menunggu masa depan lebih terjamin sehingga penggal seterusnya? Atau kerajaan menunggu pihak pembangkang mengeksplotasi isu ini?. Adakah slogan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mustahil dilaksanakan dalam hal ini?. Harapan perwakilan dengan adanya perhatian serius dari YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman, Ketua Menteri Sabah dalam isu ini, masa depan perkampungan ini akan terjamin sama seperti Kampung Baru  di Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ybgh.Datuk John Ambrose, wakil Badan Perhubungan UMNO telah meluluskan beberapa usul tanpa bahas. Antaranya perlantikan ahli-ahli UMNO Kota Kinabalu ke jawatan seperti Senator, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dan Pengerusi GLC. Usul ini mengambil kira pandangan akar umbi yang mengharapkan supaya kepimpinan UMNO Bahagian lebih berkesan dan menyakinkan semua ahli dalam memperjuangkan nasib kaum bumiputera di kawasan Kota Kinabalu.

 

Mesyuarat Perwakilan Wanita & Puteri UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu

Kota Kinabalu - Sabtu, 26 Jun 2010- Mesyuarat Perwakilan Wanita Bahagian dan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian P.172. Kota Kinabalu telah diadakan di hotel Hyatt, Kota kinabalu dan Hotel Tang Dynasty. Kedua-dua mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg.Datuk Hj.Faisyal Datuk YH.Diego, Ketua UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu. Beliau menyeru kepada semua ahli UMNO bahagian ini tidak melupakan sejarah perjuangan politik UMNO di negeri Sabah. Diantara tokoh yang bertanggung jawab membawa masuk UMNO ke negeri ini Allahyarham Tun Mustapha Bin Datu Harun. Hasil pengorbanan pemimpin terdahulu, UMNO telah membawa pembangunan ke negeri ini membolehkan rakyat menikmati kemakmuran pada masa ini.

Diantara usul Pergerakan Puteri,  bersetuju subsidi kerajaan keatas barang-barang keperluan dihapuskan, tetapi secara berperingkat-peringkat. Kerajaan perlu mengambil kira kesan terhadap rakyat jika cadangan menghapuskan subsidi secara mendadak dilaksanakan. Sementara itu, Pergerakan Wanita UMNO bahagian berpendapat, sudah sampai masanya seorang Senator dari ahli UMNO Kota Kinabalu dilantik oleh kerajaan bagi membawa segala permasalahan rakyat di Kota Kinabalu khususnya kaum bumiputera.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 6

Undian

Program Juara Rakyat..
 
You are here: Utama

Terkini UMNO Pusat

Sertai Kami



Google Map